yana

aku si patung mainan

kau hanya melihat, tanpa memahami isi hatiku yang sebenar, kau rosakkan hatiku,malahan hati kawan kawan mu, tidak pernahkah kau sedar? kau hanya mementingkan yang ada di genggamanmu sekarang itu, aku sedar yang aku hanya patung mainanmu, yang kau boleh patahkan tangannya, cabutkan kepalanya, potongkan rambutnya, aku si patung mainan, masih tersenyum riang diperbuat begitu, tapi aku ada perasaan, kau sahaja yang tak pernah sedar, akan kesilapan yang kau lakukan, aku tahu yang semua orang tidak sempurna, tetapi cubalah untuk bertimbang rasa, apa salahnya melihat hati orang, dan tinggalkan sebentar emas yang dipegang, kau masih terpengaruh dengan benda itu, sebenarnya dia sama sahaja seperti aku dan rakanmu, cuma kau yang terasa seperti dia adalah seketul emas, bercampurkan dengan berlian yang bersinar, sebenarnya sama sahaja, sama sahaja, aku si patung mainan, tetap senyum melihat kau, menjunjung si dia, dan lalu mencampakkan aku ke tepi sana, aku si patung mainan, aku sedar, ”


To Tumblr, Love PixelUnion