aku tunggu
tangan ku tergapai gapai
berusaha untuk mencapai cahaya si bulan terang
aku mahu bersama kau
walaupun kau sudah ditanam
aku tak mahu berkarat
aku tahu aku masih larat
aku akan pasang sepasang sayap
aku akan terbang melayang
biarkan aku rebah
aku mampu berdiri tegak
aku ada semangat
untuk terus menang
kau sahaja yang perlu tunggu
dan aku janji aku akan datang
tapi aku masih ada kehidupan
itu yang wajib diteruskan
Posted on Thursday July 9th